Thursday, December 20, 2012

PMR saya...

salam,

19 Disember 2012 , tarikh keputusan PMR keluar. Alhamdulillah Syukur kepada Allah. Akhirnya Allah makbulkan doa.Although,ini baru satu tahap yg masih kecil. Tapi,biarlah ia jadi kenangan dalam kamus kehidupan.Saya ada buka Facebook dan ada status2 yg ucapkan tahniah. tidak ketinggalan status yg memberikan semangat kepada yang tidak bernasib baik. Chill lah korang ^_^ .. Selagi kamu percaya Allah perancang terbaik. Kamu akan redha.


"Menuntut ilmu agama adalah kefarduan kepada org Islam lelaki dan perempuan."(Hr Ibnu Adi dan Baihaqi) 

"Menuntut ilmu itu satu kewajipan tapi mencapai kecemerlangan adalah satu keperluan"-dr Yusuf Said Qardawi



If you've never failed, you've never tried anything new.

-9GAG-

okay,korang boleh search di Google untuk cari hadis tentang betapa pentingnya ilmu untuk dunia akhirat.Ilmu yang baik adalah ilmu yang kita boleh dekat dgn Allah dan tahu apa yang baik dan buruk. Sekarang,saya perlu sedia untuk SPM pula. Saya tak tahu umur saya sampai bila... saya harap this moment dapat menjadi kenangan hidup sekiranya saya tiada lagi..
btw,jangan lupa untuk sama-sama belajar ilmu agama. ;)

Al-Hakim,ilmu-Mu tiada bandingnya,
Al-Amin,Engkau tahu segalanya,
Ar-Rahman,terima kasih untuk semua,
Allah,Kau hiasilah hidup aku dengan keimanan dan setia,
Setia terhadap cinta-Mu yang indah tiada tara..

^_____________________^ dah lama tak lukis doodle. syukur juga untuk bakat ini.


Doakan all Muslims agar mendapat ilmu yg diberkati-Nya. Doakan juga untuk anak-anak Palestin dan Syria.. :)
btw,terjumpa blog (actually dah lama follow) doodle dia sgt comel!! http://beehac.blogspot.com

Sunday, November 25, 2012

Siapa Dia dan Gosip.



" I love u,hehe... "

Mudah sahaja pos yg dihantar oleh gadis ini kepada satu FB wall milik lelaki yg boleh tahan kacak.
Apabila kawan-kawan lelaki tu nampak sahaja terus diceritakan kepada orang. Sebelum itu, mereka ada menghantar pos ke wall si lelaki untuk bertanyakan hal tu. Belum sempat buat kenyataan dan memberi respon, sudah menjadi berita hangat antara kawan-kawannya.
Tentulah orang terkejut terutama tuan badan sendiri. Buka sahaja facebook,terus pernuh di profilenya tentang hal ini . Dah macam berada di muka depan majalah atau surat khabar. Dia tercari-cari apa punca yang menyebabkan ada soalan "betul ke?" dalam fikiran kawan-kawan.

scroll,scroll....

Besar mata dia . Terus dia berniat nak update satu status.

" I love you too,adik kesayanganku. :) kirim salam ibu ayah "

haaaa. sekarang besar pula mata kawan-kawannya. Rupanya gadis itu cumalah adiknya sahaja. Memang nampak macam lain tapi,apalah salah adiknya dari kampung nak ucap kata sayang. kan?

- Anda pandai untuk cungkil pengajaran dari cerita ini. Walaupun pendek.Sekian -


Pray for all Muslims everywhere.

Friday, November 16, 2012

Saya minta maaf

Assalamualaikum.


          This is just a simple post. For a long time I didn't update anything here either its decoration or post just because wanna be more focus for my examination . Yes,I was surprised with a lot of new changes on blogger.com . Maybe this entry looks really skema or poyo or whatever . I'm not really sure if many readers would read this post because my blog not really popular like the other blogs. haha. menyampah pulak bila baca balik.


           I wanna apologize for any mistake and for everything . This word "maaf" is for everyone .whoever , whenever or wherever you're . 

           I also want to apologize if there are many grammar errors . too lazy to update my blog

Just take for some seconds to pray for all Muslims. Allahuakbar!

Saturday, February 4, 2012

Hari Keputeraan Rasulullah Tercinta.

salam,
diambil dari Google.com.my
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW , pasti ada yg merindui meskipun tak pernah menatap wajahnya yg dikatakan sungguh menenangkan setiap mata yg memandang . Maka ditinggalkan wasiat yg mulia oleh aginda iaitu sebuah kitab suci yg digelar Al-Quran . sememangnya wasiat untuk sangat membantu sebagai panduan umat zaman ini .
Apabila diingatkan kembali garisan sejarah peristiwa lahirnya seorang hamba Allah yg diutuskan-Nya , terlihat juga kita tentang Kebesaran-Nya yg tercatat pada 16 Rabiulawal . Sudah tentu kita dibesarkan tentang cerita kelahiran baginda dimana gajah yg besar akhirnya kalah dgn burung .
Diingatkan pula tentang pengorbanan Rasulullah yg sungguh membanggakan umat Islam .


Oleh itu,jangan pula hanya kita mengingati Rasulullah dikala tertulisnya perkataan "Maulidur Rasul" di kalender . Sentiasalah mengingati baginda kerana baginda la kekasih Allah . Mari sama-sama kita berselawat keatas nabi moga bersama-samala kita mendekati Allah dan Rasul.



Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat menjawab :
"Para malaikat Ya Rasulullah"
...

Sahabat yang lain :
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata :
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata :
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"

Nabi berkata :
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :
" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"-
diambil dari FB Heliza Helmi

Adakah kita merindui baginda? mengikut semua yg diajar? mencintai baginda atau hanya dimulut sahaja? Jawablah wahai hati umat Islam...


juga diambil dari Google.

Perbanyakkan selawat keatas Nabi.
Siapalah diriku ini untuk dipuji . Aku hanya ingin mengingatkan kepada mereka kerana kita saudara sesama Islam . Umat yg dirindui dan merindui Nabi Muhammad SAW. :)

Saturday, January 21, 2012

Ombak Rindu ku untuk Allah - Islam version .

salam,
Jangan ada cinta yang lebih besar selain cinta kita terhadap Allah .

sememangnya , sususan melody lagu ombak rindu yang sebenaq memang indah . tetapi , bila lihat liriknya , kita memohon pertolongan Allah untuk mendapatkan cinta si dia . Namun , Mr. Bie (bukan mr, simple) telah menukar lirik itu kepada lirik yg lebih keagamaan dan syahdu . :) kita memohon keampunan Allah untuk mendapatkan cinta-Nya. subhanallah . indahnya sungguh menyusuk kalbu . ^_^
can't help lah bila lihat ada orang yg dislike . tak mau tuduh-tuduh . :)

Tuhan tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintaiMu seadanya (selamanya)
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa nerakaMU

tuhan aku tahu byk dosaku
hanya ingatkanMu kala dukaku
namun hanya Kamu yg mampu membuka
pintu hatiku untuk cintaMu

Allah..ampunkanlah hambaMu (dosaku)
yang slalu dustakan janjiku
agar kelak ku xkan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu

Allah..jatuh air mataku
dan trus mengalir mengiringi doaku
Allah..Yang mengampuni segala
Dosa2 hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoa..
Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..


setiap potongan lirik menunjukkan bahawa hamba Allah yang insaf dek kesilapan lalu dan merayu memohon keampunan-Nya .
(Iaitu) orang yang mendoakan: “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Sesungguhnya kami telah beriman. Ampunilah dosa-dosa kami dan selamatkan kami daripada azab neraka.”  Surah Al-Imran ayat 16 .


sumber potongan ayat dari Internet . :)
Dengarlah wahai hamba Allah , bertaubatlah kamu selagi pintu taubat masih terbuka dgn luasnya agar kamu tergolong antara orag-orang yg beriman .
Saya sendiri tidaklah sempurna dan follow semua suruhan-Nya . tetapi,mari kita berdoa diantara satu sama lain. :D







Friday, January 13, 2012

Artis-artis Youtubers Malaysia.

salam,
Saya rasa topik ini dah banyak ditulis oleh blogger-blogger . saya sengaja nak selitkan blog ini dekat cik google , biar dia pening sikit. hehe
oklah , maybe ada yang dah kenal vlogger-vlogger malaysia yang sangat popular . :O
here , i give the introduction about this topic .


maybe , ada yang kenal atau tak dgn youtubers-youtubers kat atas . atau ada yg terus search kat youtube . saya takleh list kan semua vlogger-vlogger samada baru atau lama sebab mungkin saya tak kenal . orang-orang kat atas pun tak semua yg saya tengok habis . aihhh~

mesti ada yang tgk , hebat sgt kah matluthfi tu ?
tak byk profile yg saya dapat tentang matluthfi ni , yelaaa. diakan jaga privasi sikit /. hehe. for sure ,saya tak tau nama pernuh dia . Muhammad Luthfi ke? Ahmad luthfi ka? hemmm .saya dah layan semua video dia , dia memang ada humour yg boleh buat org terpikat nak tgk video dia . ni link yg saya dpt tentang matluthfi (^,^)
Matluthfi , 22 tahun (1990) . dia ni org kedah ,
education : SMK Kota Kuala Muda (2003-2005) , SBPI Kubang Pasu (2006-2007) then terbang ala-ala superman ke Curtin Unveristy , Australia . Actually, saya dah lupa link blog dia , tapi, nak buat apa bagi? dia privatekan blog dia. hehe ..Rasanya dia dah blk Malaysia. inilah video yang buatkan aku kenal matluthfi.

lepas jek video ni , saya terus-terusan tgk video dia yg lain . hehe

Dia ni minat dgn band Hujan . sama macam Anwar hadi .
siapa lah pulak mamat tu ? profile anwar hadi senang sikit nak bagi . hehe . video dia byk yang speaking
 Noor Anwar hadi bin Noor Azman , 22 tahun juga (1990) , sama org kedah ..
saya tak pasti sgt sekolah rendah atau secondary school dia . just univeristy . TESOL at Macquarie Unveristy , Sydney . Most video dia speaking english laa, ceq yang tak terer dgn english kene jugak dengaq betoi-betoi . ada bagusnya jugak. hehe. ni blog dia AnakAzman , Inianwaqhadi .ni video yang buat tergelak dan touching . :)
s


saya rajin buat profile dua vlgger ni aje .  cuma nak suggest kan satu youtubers yang kreatif iaitu Faradyable . sure korang akan memaksa diri utk guling-gulingkan diri sebab tgk video dia yg kelakar. Ada pulak mamat Kyopropaganda yang boleh thn sampai buat saya tergelak. hehe . Ada jugak AmanWan yang popular dgn video iKLan Gangster dan juga AimanAzlan , hang punye cerita "Cinta SMS" memang best.  . :)
try lah tgk semua vlogger-vlogger dlm video introduction tu . saya tak larat. hehe

saya tau ada org yg dah pernah jumpa mereka , contohnya : http://www.milimilo.com . waaaa!
about FB account profile mereka (bukan FB page) saya tak tau , terutama anwarhadi kalau matluthfi , saya tahu FB dia cuma tak dapat add jelah (private sgt) . nak buat mcm mana , saya pun takdelah tergedik sgt nak suruh dia add saya . haha. okey,seriously ni. hoho. :D

okbye and wassalam :) have a nice day .

Sunday, December 25, 2011

Why you be my friend?

salam,
Today i want to discuss about "Friend" . yes,i'm not talking about my friends . Do you have a true friend ? Syukran , if you have a friend who always with you when you are smiling or crying . Here i want to say about someone who do not has a honest friend . Maybe you have many friends but , you don't have a true friend . All your friends that you have now is your true friends but in one condition . What ? condition ? yes, the conditions is ...

( Positive friends )
- semua org mahukan kawan sebegini . Everybody ... but,it's not easy to find this person . Tapi,kalau kawan yg korang ada sekarang tak mengajak korang ke arah kejahatan . itu sudah kira bersyukur . ^_^
How do i know are those who are positive and kind ?
Korang boleh tgk dari segi tutur bahasa dan perkataan yg diluahkan ketika bercakap . It's easy , right ?

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari &Muslim).
Jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.

memang sangat sedih lah kalau korang melepaskan seseorang sangat baik semata-mata seseorang yg hanya merosakkan diri korang sendiri .

Upset ? Cry ?  but , nobody with you . Semua nya tak rasa nak pujuk ke ? mungkin ketika itu korang dapat lihat kawan yg benar-benar seorang yg sejati . Kadang-kadang kita mahukan nasihat yg ikhlas dari seorang manusia yg digelar sahabat . At that time lah , you must to find that true friend . Tapi , bukan dgn cara kotor . tapi dengan kesabaran yg pernuh di hati. Patience . Mungkin tak semua kesempitan dan keluhan perlu diluahkan kepada seorang sahabat . Jadi , korang boleh mengadu kepada Allah SWT yg Maha Mendengar sekaligus korang boleh berdoa .

Semoga anda akan dapat seorang "Sahabat Sejati " . oppppss.. bukan seorang , tapi ramai . :)
Ingat ! jangan sesekali putus asa , kerana kesabaran itu akan membawa sebuah kebahagian .
DAN semoga korang dapat Best Friend Till Jannah .
cik Artie Zeny yg kenal kan video ni. heee. ^^



p/s : segala kesalahan grammar boleh ditegur. In Syaa Allah .. saya terima

Friday, December 23, 2011

Syok-nya di Sunway Lagoon !

salam,

cerita ni dah lama sebenarnya , tapi baru sekarang nak share . Hari tuuu, kakak ajak pegi Sunway lagoon
  . so, saya dan 2 org kakak saya yg lain pun pergilah. Awal pagi lagi dah excited nak pergi. :D tak sabau benau dibuatnya . Dengan menaiki kereta kancil , kami pun pergi ke Bandar Sunway . For sure saya tgk memang byk org oversea datang . dan yg datang situ maybe org kaya-kaya . Nasib baiklah dpt tiket free , kalau tak, memang tak banyak experience lah.*tiket mahal jugak woooo.. haha. Saya dengan gaya kampung pun masuk , memang terkial-kial dok carik permainan mana yg nak main dulu .

Buat keputusan utk pergi main air dulu , naiklah 2 gelongsor. fuuhh~ syok . Bila tangan dah kecut jugak main air . kitorang pun tgk peta sbb nak main permainan lain . time tgh main air. ada mat bangla kerja situ . dia tukang servis amik gambar la. dia cakap "you want to take a picture" . saya pun jawab "no need,don't want" . nak tau dia cakap hape? "i don't understand" .ceh. =,=
panjangkan ? woot,woot. ^^

Masuk lah bahagian Wildlife Park . nampak banyak juga binatang . burung , rama-rama dan lelain .

ingatkan nak naik bende alah ni. tapi takut,nasib baik hujan . *gerimis aje pun .
Sunway Lagoon Amusement Park
Tengok peta lagi sambil jalan. Kitorang decided yg pergi naik jambatan gantung , sementara tgh jalan , ade cawan yg pusing-pusing tuu~ naiklah . dah habis naik , ada org pengsan , aik ? padahal takde lah pening sgt . tak makan tuu. --.--
Then, naiklah jambatan gantung , belum pape lagi , ada mcm bende optical illusion yg menara nak naik jambatan gantung tu. haha . 2 org kakak saya memang gayat la , asyik pegang tgn saya jek. Padahal saya tgk bawah ok jee. haha. belum separuh perjalanan atas jambatan tuu , jambatan tu ada lubang2 kecil sampai dapat nampak bawah . meresap lah kakak kita dgn gayat nya tuu. lubang2 tu kat tengah jambatan  so,kakak kita lalu tepi-tepi sambil pegang tali. haha. memang fully dpt tgk permadangan sunway lagoon yg besaq tu.
After that , kitorang naik Swan Ride . bende ni biasa je, tapi , den memang tak pernah naik. ingatkan swan lagi senang dari kayak . Rupanya tak , masa naik tu , memang cemas jugak bila nak terlanggar apa-apa . dah lah tgh-tgh tasik , tak pandai berenang pula tu . haha. sempat bertembung dgn budak cina naik kayak. haiyoo, malu . ~,~
Dengan kaki yg penat mengayuh , saya pun terus nak naik motor 4 tayar yg advanture tu, risau jugak , sbb saya tak pernah naik motor. :3 tunggu punye tunggu . dah sampai giliran saya . motor saya dekat second last lah . belakang saya ada pakcik cina , sambil pandang dia . dia cakap "takot ka?" . aish , saya pun senyum dgn speaking pula , "trying" . haha . Dia ada suruh turun bukit dan cuma boleh guna break aje, at last , ok jek .. tak takot sgt pun except time nak buat u-turn . haha.
macam ni laaa~
Ingatkan nak naik kereta mcm kat litar tu , tapi, kene bayar walaupun saya amik All Park . tapi,bende tu bahagian lain . taknak lah naik,mahal . --' so,kitorang try memanah , oklah jugak. kene dekat bende bulat tu. :D first time try .

jalan-jalan . try lah paintball. org yg tolong masukkan bola dlm paintball tu , muka mcm matluthfi. dah la melayu . tapi,akak ckp muke dia lonjong sikit . so,selamatlah. haha. dah lapar, saya makan sambil tgk org main air. lebih banyak budak kecik kat situ . haha .

Destinasi terakhir nak pergi satu je lagi park . sebelum tu,pergi Sream Park atau rumah hantu . menangis lah masuk rumah hantu tuuu. hish , nanti saya buat entry baru tentang saya yg first time masuk rumah hantu ni. -,- yang penting seram. kuang ejee punye hantu. hoho

Pastu ada roller coaster yg tinggi tuu, kita ajak kakak kita sorang sbb sorang lagi taknak tinggi sgt dan diakan gayat. haha. memang sakit jugak tulang dgn roller coaster yg terliang liuk tu, haha. beshhh~


and the last part , saya naik pelampung bulat yg ada tempat duduk , bende tu akan pusing dgn bantuan arus sungai buatan tuu. syok jugak. :)


pastu naik bende yg berjalan kat air . perh .
 

pastu naik pulak roller coaster kecik ala-ala buffalo . hebat . kurang sikit liang liuk than roller coaster yg tinggi tuu. huuuu~


Dan balik ! memang non-stop fun . :D dapat mengisi masa lapang time school holiday ni. I get more experience .  wuaaaa! ^^ ada yg tak naik sbb tak bukak dan takut. haha.
nak tengok maps Sunway Lagoon ? sini . segala gambar diambil dr pakcik Google. gambar saya? malu laaa. haha. XD

bukan nak jealous kan korang. try to share something new in my life . tak dapat pergi ? takpe, belajar pepandai , kumpul duit bebanyak . bawa satu family pergi ya? OK ? yg penting , jgn paksa your parents utk pergi . sebaliknya , kita yg bawak whole family utk pergi . hehe. ^_^

*syukran , kakak saya dapat straight A in PMR . next year giliran saya . Pray for me ya . :)
Peace be upon all of you . tata!

Thursday, December 15, 2011

Filem Pendek " Oley!! " .

salam,
Harap semua sihat sejahtera. tadi,buka book of face and nampak ada org share satu video . bertajuk "Oley!!" . Video ni adalah filem pendek . Dan buat saya tertarik nak tgk video ni adalah mengisahkan tentang hukum hudud .

Sinopsis : Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan.

Siap ada penampilan khas iaitu Bob Lokman dan Mat Luthfi !! :3


here the video. :')

Matluthfi(vlogger famous) dah blk ke ? seriously , terkejut. haha. :D
Actually , saya taknak cakap byk . video ni dah cukup menerangkannya.
so? komen korang? Syukran sebab ada buat video ni. :)
haha. apa-apa pun , Hope you will get the moral value from this video.
tata! Peace be upon all of you~ : )

Monday, November 7, 2011

Lukisan Tangan dan Lukisan Komputer ?

salam,
waaaaaa! ( pahal tetibe menjerit ni ) -,-
ok,kadang2 ade jugak org cakap yang diorang tangan kayu sampai tak boleh melukish atas kertas.
kalau lukis kat komputer. fuuuh! cantik giler . tapi ade gak yg sebaliknya. sebab nya bukan aje "bakat" tapi,,,beberapa perkara yg lain. contoh kalau korang selalu pegang tertikus. mesti la da profesional. haha. tak gitu. tapi ade juga org yg diberi kelebihan melukis atas kertas dan gune komputer. 
saya ? tina ? ok,tak sangat lah. hehehe. tapi,sekarang tina rase mcm lebih senang lukis kartun bertudung. kan?  kire samelah mcm bertudung , kan? hehehehe



ok,burukkan saya lukishhh. haha.
aduh *malu. >,<

yang ini pula guna paint . first time buat gune paint. selalunya photoshop. hihi.

nmpak tak perbezaan saya lukis ? hihi. maaf kalau gambar saya lukis tu tak pakai tudung. -,-
sebenarnya saya nk colourkan,tapi malas lah.
so,moral value from this story is..... kita perlu bersyukur dgn apa-apa kelebihan yg diberikan oleh-Nya. even dari segi apa-apa pun. gunakan kelebihan sebaik mungkin.. kalau tak,bila-bila masa aje Allah akan tarik balik anugerah tuuu~ so,be happy,don't give up and always confident.

p/s : gambar dimasukkan bukan utk niat utk dipuji , sbb tak mahu dipanggil riak. segala pujian bagi Allah.

 tapi Dr. Cinta punyer blog lagi comel bile die buat doodle. contoh sini :
kan? kan? :)
oklah. assalamualaikum. tata! ;)



Thursday, November 3, 2011

Terima Kasih Followers-followers power !

salam,
hop ! hop ! entry ni bukan nak sambut apa - apa pun . cuma  nak ckp terima kasih . 
saya perasan ? hurrm~ takda la. ;P
semua followers saya power . tapi,biar saya tunjukkan bloggers yg sudah hebat dlm alam blog ini. 
antaranya adalah :

nampak tak yg saya line kan tu ? it's Solihin Zubir ! kenal ? dia ni kire popularlah jugak. 3000 jugak followers die. hihi.tak silap saya , dia follow saya sbb kitorang balas mesej kat FB kot. ntah. XD


haaaaa~ yg ni pulak , nampak tak nama Cik Tomato tu ? .. haaa~ dia comel . blog die pula Mas yang design .
mau tgk ? Blog Cik Tomato


nampak tak gambar kak lyssa tu ? yeahhh! blogger femes follow saya ! *over plak. seingat saya,saya just bagi link blog bile kak lyssa nak blogwalking. tak sangka die follow. XD  ... pernah masok majalah Remaja plak tu. pehhhh~ jom pergi blog dia. dan like fanpage dia.. :)


uhuukkk~ mungkin masih ada yg tak kenalkan? mane? itulah .. Zainatun Adilah. blog dia pon pernah masok majalah Intrend. wow !!
mau tgk blog dia ? sini dan fanpage.



satu lagi blogger yg comel cantik telah follow blog saya. :3
name nye ialah Fiza Fizz !!

nota : Fiza Fizz ni ada buat satu contest muka pelik-pelik . try lah join . hadiah nye lumayan .dpt photoshoot free and hadiah hampir RM350 . mau join? yok pergi sini >,<

__________________________________________
Done ! terima kasih jugak utk followers2 yg lain. bukan tak mau tulis tapi saya malas. sorry ya? korang pon terbaikk jugak. jgn lah merajok sampai unfollow balik blog ni .. hihi . btw,nmpaknye lebih ramai followers perempuan dr lelaki tanpa diketahui puncanye. hehe.. .oklah. bye. thanks again ! ^-^





Sunday, October 2, 2011

Smallest Computer In The World ! canggihnyerr.

salam,
haha. ok, saya tak tau samada laptop ni wujud atau tak. tengok ajelah...~



haha. takleh terima bile nak tekan huruf dgn simbol tu. kalau nombor camne?
tekan huruf Z kenelah 26 kali ye? hihi.
lagipon,puas ke tgk movie kat situ ? dengar lagi pun mesti slow . muat ke nak pasang loudspeaker? 
haha. seriously tanya ni,korang nak ke laptop ni di masa hadapan ? 
lu pikir le sendiri ~




p/s : setiap minggu takda internet . org TM cakap kabel kena curi ? so,bawakla bertaubat. tapi,takkan setiap minggu tak dapat internet dgn line tepon. errrr. -,- cepat-cepat la sikit upgrade menara kabel tu. hehe. tak de kene mengene ngan tajokkan ? lantaklah. bile lagi nak merepek? lalalalalala~

Friday, September 9, 2011

First Time kena HACK by Rainseven.

salam,
pernah kene HACK? belum? ok,bagos! security korang high. tapi,kene jage-jage jugak ye?
jgn contohi saye. huh. berdebar jantung bile tgk blog kene hack. by Rainseven. kalau korang nak usha rain ni,pergila kat fanpage die. =P

ok. tau hack itu ape? mari cikgu terangkan . ( jgn ingat saya perasan terer plak XD )
ok,mari search google. HAHA . 
takpelah. saya terangkan sikit. ini pon sumber dari hacker tu jugak.

hack ni godam. godam ni hack. huhu. hack ni kirenye memasuki dgn cara memecah password laman web seseorang disebabkan security laman web itu low. kadang-kadang,hacker ni ade yg baik dan jahat!
tujuan diorang :
yg positive : memberitahu pemilik onwer bahawa laman web atau blog korang mempunyai security yg low.
tapi..kenape tak beritahu cara lain selain dari hack blog org? ini jawapan mereka.

"walaupun kami bagi tahu nanti.
owner pasti akan abai kan message kami
mereka akan anggap itu cuma adalah gurauan"

yg negative : diorang akan mengambil kesempatan dgn teknik menggodam utk dengki dgn musuh dan mengejar populariti.

_______
so,nak ceritalah sikit tentang pengalaman saya tu,
> terkejut der ! tgk blog tertulis "hacked by rainseven". giler lah!
> terus pergi kat group-group bloggers sbb nak mintak tolong.ade jugak yg suggest kan utk mintak tolong dgn gaysec. tapi,gaysec akan aktif semula minggu depan.
>so,mintak tolong dgn blogger junior iaitu Mas Ahmad Safwan atau sam.haha .. mas ckp "chill , dia malaysia , dragon force punya orang " ( sebenanye byk lagi)
> then,mintak tolong akak Myra vea . die suruh mintak tolong dgn Putera Remaja . so,mintaklah tolong dgn "prince" ni. hehe. kate die plak "haha...yeke? sy chatting ngn hacker tu smlm.. rain seven kan nme fb die..alhamdulillah.

    hehe.itu ayat mase blog  dibagi blk.
    > then,beranikan diri utk communicate dgn hacker tu. die suruh approve. punyelah lame saya nak approve sbb takot. kui3.lepas da approve. on chat. then,die mintak url blog dgn gmail. then,die bagila password. selamat la jugak.
    >thanks la kepada semua bloggers yg tolong. XD
    _______________

gelabah abis bile tgk Rainseven ni hack. haha. die bahasa diri nye rain. errr? nak gak name glamor. haha. :P
first memang giler-giler nak kutuk si rain ni sebab menyusahkan saya! tapi,oklah jugak sbb die bagi blk. kalau tak bagi? susah... syukur. haha. 
kwn saya ni da bagi hacker ni gelaran sebagai penceroboh. amik kau! haha. die ckp,cer bayangkan kalau rumah korang diceroboh? errr. pastu suruh buat gmail baru. Hello?! jgn buat keje giler,ok? penat aku buat blog and gmail.. errr... don't discuss about something that you don't know ,ok? huhu.sorry morry.. takde niat nak marah.. bukan terlepas ckp.tapi terlepas tulis. hehe
 dan yg pasti.. rain da bagi blk blog saya. dan saya da high kan security saya. so,blog da kembali sebagai kepunyaan saya. kenape perlu buat baru? 
info tentang Rainseven :
under Dargon Force

                    "Hacking is like S3X. You get in, you get out, and              
something that can be traced back to you.''You may stop me, but you can't stop us all. !
                                     hope that you didn't leave 


info tentang Dragon Force :

Kami Bukan Memberontak
Kami Bangun Kerana Kami Peduli
Kami Golongan Belia
Tapi Kenapa Kami Dibenci Bila Bersuara??
INGAT!!! Kami Adalah Aset Yang Berharga..
Kamilah Warisan Kepimpinan Masa Depan Negara!
Maka Tolong Kami! Bimbing Kami! Didik Kami!
Kami Bukan Anonymous Crew!
DragonForce Hak Milik Rakyat Malaysia..!!!

kongsikan dengan kitorang dengan emailkan kepada: spymonster2011@hotmail.com

Dan kita akan Publish di website kita: http://mydragonforce.wordpress.com/

Selamat Menjayakan misi kita bersama.

## PERHATIAN ##

Anda boleh setai bebrapa kelas yang di anjurkan oleh Dragon Force.

Df - Baby : https://www.facebook.com/groups/babydf/
Df - Trooper : https://www.facebook.com/groups/dftrooper/
Df - Media : https://www.facebook.com/groups/123568077726737/
Df - Moster : https://www.facebook.com/groups/195866943794663/
Df - Army : https://www.facebook.com/groups/mydfarmy/
p/s : Setiap penyertaan akan dibuka dari masa kesemasa. Sila patuhu undang-undang jika berminat untuk mengenali dunia hacking.

_______________________________



semua infomasi diatas. saya amik dekat facebook.

                               













Friday, August 12, 2011

Alasan wanita tidak bertudung~

salam,
entry ni diambil dari blog Cik Epal.best entry die ni.pastu die cakap,die dapat dari blog solihin zubir.pastu tak tau dari mane.so,jom renung-renungkan!

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?-Yang pasti, yang melanggar perintah-Nya kompom masok neraka jika tak bertaubat.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”







"bertudung tak semestinya menutup aurat, tetapi menutup aurat semestinya BERTUDUNG"


tapi mungkin korang pernah dengar tentang "pelacur yg masok syurga hanya memberi air kepada anjing",kan? okay,bukan mahu ckp bahawa klau tak tutup aurat,tentu masok neraka..kalau mahukan penjelasan tentang perkara ini.baca sini.
tak puas kenapa yg tak pakai tudung sahaja disalahkan? sini
okay.dah! thanks Solihin Zubir. :)

itu semua kehendak Allah SWT.dosa tetap ada jika melanggar perintah-Nya jika tidak bertaubat. ;)
terima kasih.komen dan like yok!







Thursday, August 11, 2011

Ada orang tempah lah! WOW

salam,
entry sikit aje. ade blogger dari > sufiana < mintak saya buat shoutbox warne pink untuk die.. bayaran melalui topup RM3 .ehehehe. okay,thanks sbb sanggup tempah. korang nak tgk? :)
here~


huhu. malu ah ding dong. XD   pengalaman baru dlm dunia blog!
thanks for reading. bye~

Tuesday, August 9, 2011

My First Doodle!

salam,
  semalam bosan! huhu. demam pon nak bukak gak FB. geram dan jeles bile tgk doodle org lawo-lawo. tak tau doodle? search internet ye? :P 
first trying. memang tak berapa comel ... tapi oklah. nak tengok? excited? wuahahaha
sebelum tuh, korang nak? mne boleh!! haha. nanti kalau free saya berlatih lagi ye? klau semakin comel. saya bagi korang.btw,doodle  nye sebenarnye same dgn kat header tuh..tapi kalau tak buat entry ni,mesti korang tak boleh komen. so,marilah koomen!! ehehehe.
errrr? name die? Cik Tina kot...hoho. korang nak tempah? boleh,boleh.. RM2 satu,k? perhh! mahal sehhh..padahal,tak cantik mcm doodle "Belog Cap Ayam" yang comel tu~ 
hoho. sebenarnye,saya da buat doodle second saya. nak tengok?
yok!
yang ini pon tidak boleh dicopy ye? penat saya buat. dah la puasa. tapi cantik tak? komen lah ye? TQ!
bye!



Saturday, July 30, 2011

Baby ni boleh jadi Penghibur ketika duka. COMEL!!

salam,
seriously,kalau korang tgk video ni. mesti tersenyum. sebab baby ni ketawa bukan diagah atau di acah-acah dgn mak die..tapi disebabkan Kertas! ...comel melote lah bile tgk die...korang nk tgk? jom!
;)

rase nk cubit tak? hahahaha. so,kalau korang tgh merajok..bkk video ni,mesti terubat duka dihati..cewah!
saya da try...test la plak!
saya suke baby yg jadik cover majalah ni. nama die > Hawa Ameena Khadeeja ...
gabungan tiga srikandi Islam ..ibubapa die pon nk anak diorang jadik mcm srikandi Islam tuh...
comel sgt!!! XD
bye...

LIKE entry , FOLLOW , LIKE fanpage ..
thanks!

Saturday, July 23, 2011

Computer Tips version Islam

salam,
mekaceh dekat satu page yg buat status ni..hebat jugak tips ni..nak ? Jom!
________________________
"Enter" the masjid
"Forward" your solat
"Download" pahala
"Firewal" your iman
"Backspace" from syaitan
"Bookmark" to ALLAH swt
"Delete" Allah's enemies
"Copy Paste " form Al-Quran and Sunnah
"Help" your muslim brothers and sisters
"File" your amal
"Edit" your akhlak
"View" your good and bad deeds
"Search" the straight and right path
And IsyaAllah you will never get "virus" ^-^
______________________________

love it!





Ramadhan is coming! XD jgn sia-siakan!

salam,

Whoaaa! memang betol tak sabar nk puasa..mak pon nk ajak pegi sembahyang terawih..klau dulu,susah sikit...
okay! sebelom puasa..da belajar tentang puasa..korang da? klau da..semaklah blk hukum-hukum atau ape-ape ajek tentang puasa...sambil korang online Facebook..search lah google tentang puasa ye? kalau yg dudok kat negeri Johor..bukak buku sekolah agama blk ye? hooookay! abis saya bagi nasihat..
sekarang nk citer tentang "Jangan sia-siakan bulan ramadhan yang mulia ini"

sooooo, korang da tau syarat-syarat wajib san syarat sah puasa kan?
ha! ini nk pesan si..buang angin(kentot) dlm air Tak batal!

Nasihat sebelum berjumpa dengan bulan mulia ini :
1.kalau tak solat,takde makna lah puasa anda.
2.buka aurat pun boleh mengurang puasa ramadhan.
3.di bulan ini,korang boleh jumpa satu malam yg amat bermakna
    (Lailatul Qadar)so,berjaga malamlah utk beribadat.
4.bagi lelaki islam,kalau tak puasa pernuh,,memang pelik.
5.elakkan melakukan perkara yg dilarang oleh Nya pada bulan ini walaupun syaitan sebenar diikat.
6.jgnlah mengumpat atau mengfitnah dan lebih elok berdiam,tenaga pon tak dibazirkan.
7.kawal nafsu makan kamu sewaktu di bazar ramadhan atau di mana jua.

cukuplah tujuh ye?   haha...tak sabar nk raya ni..(cik Artie Zeny,mari-mari..kite raye round-round kampung tau!)

hahahaha....da masok waktu solat ni..stop seketika Facebook and Blog..Goodbye! ;)


Sunday, July 17, 2011

Botol Air anda ke sekolah!

salam,
tetiba dapata Idea tajuk yg HOT ni..wuahahahaha...
tadi ,round-round internet..dapat plak satu cover buku ni.. WAH!! nk belik lah!
haha..comel melote ajek...

botol air saya saiz nye kecik ajek..mengikut kesesuaian badan...haha..pastu warne biru,putih dan merah..mekaceh mak sbb belikan botol yg kawaii tuh! hahah

jenama bros... tahan lasak sikit..walaupon mahal...

Yeah! mulakan pengalaman mcm mne saya bleh dpt botol comel saya tuh..mula-mula,mcm biasa nk isi air utk bawak gi skola..tetiba hilang! :'( ..puas carik..ingatkan tinggal dlm bas...cakaplah dgn mak...mak ckp,lain kali baik-baik tau...esoknya..mak belikan botol!~~~ ..beberapa hari lepas tu,rupanya botol ade kat makmal matematik! ..ape lagi,bwk balik ..lepas tu gosok (bersihkan) sepuas hati..penat woooo~
dan sekarang , saya ade dua botol pendek yg comel..haha.. Syukur.. :)

korang pon share lah sikit tentang botol skola korang..kalau panjang atau byk..buatlah satu entry tentang cerita ni..tag saya tau! pastu bagi link..boleh lah saya bace...Bagi tau!! 
saiz botol saya mcm yg hujung skali tuh..sebelah kanan..kecik kan? haha

bye!