Sunday, November 25, 2012

Siapa Dia dan Gosip.



" I love u,hehe... "

Mudah sahaja pos yg dihantar oleh gadis ini kepada satu FB wall milik lelaki yg boleh tahan kacak.
Apabila kawan-kawan lelaki tu nampak sahaja terus diceritakan kepada orang. Sebelum itu, mereka ada menghantar pos ke wall si lelaki untuk bertanyakan hal tu. Belum sempat buat kenyataan dan memberi respon, sudah menjadi berita hangat antara kawan-kawannya.
Tentulah orang terkejut terutama tuan badan sendiri. Buka sahaja facebook,terus pernuh di profilenya tentang hal ini . Dah macam berada di muka depan majalah atau surat khabar. Dia tercari-cari apa punca yang menyebabkan ada soalan "betul ke?" dalam fikiran kawan-kawan.

scroll,scroll....

Besar mata dia . Terus dia berniat nak update satu status.

" I love you too,adik kesayanganku. :) kirim salam ibu ayah "

haaaa. sekarang besar pula mata kawan-kawannya. Rupanya gadis itu cumalah adiknya sahaja. Memang nampak macam lain tapi,apalah salah adiknya dari kampung nak ucap kata sayang. kan?

- Anda pandai untuk cungkil pengajaran dari cerita ini. Walaupun pendek.Sekian -


Pray for all Muslims everywhere.

0 doakan saya dapat 9A+ SPM: