Saturday, February 4, 2012

Hari Keputeraan Rasulullah Tercinta.

salam,
diambil dari Google.com.my
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW , pasti ada yg merindui meskipun tak pernah menatap wajahnya yg dikatakan sungguh menenangkan setiap mata yg memandang . Maka ditinggalkan wasiat yg mulia oleh aginda iaitu sebuah kitab suci yg digelar Al-Quran . sememangnya wasiat untuk sangat membantu sebagai panduan umat zaman ini .
Apabila diingatkan kembali garisan sejarah peristiwa lahirnya seorang hamba Allah yg diutuskan-Nya , terlihat juga kita tentang Kebesaran-Nya yg tercatat pada 16 Rabiulawal . Sudah tentu kita dibesarkan tentang cerita kelahiran baginda dimana gajah yg besar akhirnya kalah dgn burung .
Diingatkan pula tentang pengorbanan Rasulullah yg sungguh membanggakan umat Islam .


Oleh itu,jangan pula hanya kita mengingati Rasulullah dikala tertulisnya perkataan "Maulidur Rasul" di kalender . Sentiasalah mengingati baginda kerana baginda la kekasih Allah . Mari sama-sama kita berselawat keatas nabi moga bersama-samala kita mendekati Allah dan Rasul.



Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat menjawab :
"Para malaikat Ya Rasulullah"
...

Sahabat yang lain :
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata :
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata :
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"

Nabi berkata :
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :
" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"-
diambil dari FB Heliza Helmi

Adakah kita merindui baginda? mengikut semua yg diajar? mencintai baginda atau hanya dimulut sahaja? Jawablah wahai hati umat Islam...


juga diambil dari Google.

Perbanyakkan selawat keatas Nabi.
Siapalah diriku ini untuk dipuji . Aku hanya ingin mengingatkan kepada mereka kerana kita saudara sesama Islam . Umat yg dirindui dan merindui Nabi Muhammad SAW. :)