Sunday, December 25, 2011

Why you be my friend?

salam,
Today i want to discuss about "Friend" . yes,i'm not talking about my friends . Do you have a true friend ? Syukran , if you have a friend who always with you when you are smiling or crying . Here i want to say about someone who do not has a honest friend . Maybe you have many friends but , you don't have a true friend . All your friends that you have now is your true friends but in one condition . What ? condition ? yes, the conditions is ...

( Positive friends )
- semua org mahukan kawan sebegini . Everybody ... but,it's not easy to find this person . Tapi,kalau kawan yg korang ada sekarang tak mengajak korang ke arah kejahatan . itu sudah kira bersyukur . ^_^
How do i know are those who are positive and kind ?
Korang boleh tgk dari segi tutur bahasa dan perkataan yg diluahkan ketika bercakap . It's easy , right ?

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari &Muslim).
Jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.

memang sangat sedih lah kalau korang melepaskan seseorang sangat baik semata-mata seseorang yg hanya merosakkan diri korang sendiri .

Upset ? Cry ?  but , nobody with you . Semua nya tak rasa nak pujuk ke ? mungkin ketika itu korang dapat lihat kawan yg benar-benar seorang yg sejati . Kadang-kadang kita mahukan nasihat yg ikhlas dari seorang manusia yg digelar sahabat . At that time lah , you must to find that true friend . Tapi , bukan dgn cara kotor . tapi dengan kesabaran yg pernuh di hati. Patience . Mungkin tak semua kesempitan dan keluhan perlu diluahkan kepada seorang sahabat . Jadi , korang boleh mengadu kepada Allah SWT yg Maha Mendengar sekaligus korang boleh berdoa .

Semoga anda akan dapat seorang "Sahabat Sejati " . oppppss.. bukan seorang , tapi ramai . :)
Ingat ! jangan sesekali putus asa , kerana kesabaran itu akan membawa sebuah kebahagian .
DAN semoga korang dapat Best Friend Till Jannah .
cik Artie Zeny yg kenal kan video ni. heee. ^^



p/s : segala kesalahan grammar boleh ditegur. In Syaa Allah .. saya terima

Friday, December 23, 2011

Syok-nya di Sunway Lagoon !

salam,

cerita ni dah lama sebenarnya , tapi baru sekarang nak share . Hari tuuu, kakak ajak pegi Sunway lagoon
  . so, saya dan 2 org kakak saya yg lain pun pergilah. Awal pagi lagi dah excited nak pergi. :D tak sabau benau dibuatnya . Dengan menaiki kereta kancil , kami pun pergi ke Bandar Sunway . For sure saya tgk memang byk org oversea datang . dan yg datang situ maybe org kaya-kaya . Nasib baiklah dpt tiket free , kalau tak, memang tak banyak experience lah.*tiket mahal jugak woooo.. haha. Saya dengan gaya kampung pun masuk , memang terkial-kial dok carik permainan mana yg nak main dulu .

Buat keputusan utk pergi main air dulu , naiklah 2 gelongsor. fuuhh~ syok . Bila tangan dah kecut jugak main air . kitorang pun tgk peta sbb nak main permainan lain . time tgh main air. ada mat bangla kerja situ . dia tukang servis amik gambar la. dia cakap "you want to take a picture" . saya pun jawab "no need,don't want" . nak tau dia cakap hape? "i don't understand" .ceh. =,=
panjangkan ? woot,woot. ^^

Masuk lah bahagian Wildlife Park . nampak banyak juga binatang . burung , rama-rama dan lelain .

ingatkan nak naik bende alah ni. tapi takut,nasib baik hujan . *gerimis aje pun .
Sunway Lagoon Amusement Park
Tengok peta lagi sambil jalan. Kitorang decided yg pergi naik jambatan gantung , sementara tgh jalan , ade cawan yg pusing-pusing tuu~ naiklah . dah habis naik , ada org pengsan , aik ? padahal takde lah pening sgt . tak makan tuu. --.--
Then, naiklah jambatan gantung , belum pape lagi , ada mcm bende optical illusion yg menara nak naik jambatan gantung tu. haha . 2 org kakak saya memang gayat la , asyik pegang tgn saya jek. Padahal saya tgk bawah ok jee. haha. belum separuh perjalanan atas jambatan tuu , jambatan tu ada lubang2 kecil sampai dapat nampak bawah . meresap lah kakak kita dgn gayat nya tuu. lubang2 tu kat tengah jambatan  so,kakak kita lalu tepi-tepi sambil pegang tali. haha. memang fully dpt tgk permadangan sunway lagoon yg besaq tu.
After that , kitorang naik Swan Ride . bende ni biasa je, tapi , den memang tak pernah naik. ingatkan swan lagi senang dari kayak . Rupanya tak , masa naik tu , memang cemas jugak bila nak terlanggar apa-apa . dah lah tgh-tgh tasik , tak pandai berenang pula tu . haha. sempat bertembung dgn budak cina naik kayak. haiyoo, malu . ~,~
Dengan kaki yg penat mengayuh , saya pun terus nak naik motor 4 tayar yg advanture tu, risau jugak , sbb saya tak pernah naik motor. :3 tunggu punye tunggu . dah sampai giliran saya . motor saya dekat second last lah . belakang saya ada pakcik cina , sambil pandang dia . dia cakap "takot ka?" . aish , saya pun senyum dgn speaking pula , "trying" . haha . Dia ada suruh turun bukit dan cuma boleh guna break aje, at last , ok jek .. tak takot sgt pun except time nak buat u-turn . haha.
macam ni laaa~
Ingatkan nak naik kereta mcm kat litar tu , tapi, kene bayar walaupun saya amik All Park . tapi,bende tu bahagian lain . taknak lah naik,mahal . --' so,kitorang try memanah , oklah jugak. kene dekat bende bulat tu. :D first time try .

jalan-jalan . try lah paintball. org yg tolong masukkan bola dlm paintball tu , muka mcm matluthfi. dah la melayu . tapi,akak ckp muke dia lonjong sikit . so,selamatlah. haha. dah lapar, saya makan sambil tgk org main air. lebih banyak budak kecik kat situ . haha .

Destinasi terakhir nak pergi satu je lagi park . sebelum tu,pergi Sream Park atau rumah hantu . menangis lah masuk rumah hantu tuuu. hish , nanti saya buat entry baru tentang saya yg first time masuk rumah hantu ni. -,- yang penting seram. kuang ejee punye hantu. hoho

Pastu ada roller coaster yg tinggi tuu, kita ajak kakak kita sorang sbb sorang lagi taknak tinggi sgt dan diakan gayat. haha. memang sakit jugak tulang dgn roller coaster yg terliang liuk tu, haha. beshhh~


and the last part , saya naik pelampung bulat yg ada tempat duduk , bende tu akan pusing dgn bantuan arus sungai buatan tuu. syok jugak. :)


pastu naik bende yg berjalan kat air . perh .
 

pastu naik pulak roller coaster kecik ala-ala buffalo . hebat . kurang sikit liang liuk than roller coaster yg tinggi tuu. huuuu~


Dan balik ! memang non-stop fun . :D dapat mengisi masa lapang time school holiday ni. I get more experience .  wuaaaa! ^^ ada yg tak naik sbb tak bukak dan takut. haha.
nak tengok maps Sunway Lagoon ? sini . segala gambar diambil dr pakcik Google. gambar saya? malu laaa. haha. XD

bukan nak jealous kan korang. try to share something new in my life . tak dapat pergi ? takpe, belajar pepandai , kumpul duit bebanyak . bawa satu family pergi ya? OK ? yg penting , jgn paksa your parents utk pergi . sebaliknya , kita yg bawak whole family utk pergi . hehe. ^_^

*syukran , kakak saya dapat straight A in PMR . next year giliran saya . Pray for me ya . :)
Peace be upon all of you . tata!

Thursday, December 15, 2011

Filem Pendek " Oley!! " .

salam,
Harap semua sihat sejahtera. tadi,buka book of face and nampak ada org share satu video . bertajuk "Oley!!" . Video ni adalah filem pendek . Dan buat saya tertarik nak tgk video ni adalah mengisahkan tentang hukum hudud .

Sinopsis : Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan.

Siap ada penampilan khas iaitu Bob Lokman dan Mat Luthfi !! :3


here the video. :')

Matluthfi(vlogger famous) dah blk ke ? seriously , terkejut. haha. :D
Actually , saya taknak cakap byk . video ni dah cukup menerangkannya.
so? komen korang? Syukran sebab ada buat video ni. :)
haha. apa-apa pun , Hope you will get the moral value from this video.
tata! Peace be upon all of you~ : )

Monday, November 7, 2011

Lukisan Tangan dan Lukisan Komputer ?

salam,
waaaaaa! ( pahal tetibe menjerit ni ) -,-
ok,kadang2 ade jugak org cakap yang diorang tangan kayu sampai tak boleh melukish atas kertas.
kalau lukis kat komputer. fuuuh! cantik giler . tapi ade gak yg sebaliknya. sebab nya bukan aje "bakat" tapi,,,beberapa perkara yg lain. contoh kalau korang selalu pegang tertikus. mesti la da profesional. haha. tak gitu. tapi ade juga org yg diberi kelebihan melukis atas kertas dan gune komputer. 
saya ? tina ? ok,tak sangat lah. hehehe. tapi,sekarang tina rase mcm lebih senang lukis kartun bertudung. kan?  kire samelah mcm bertudung , kan? hehehehe



ok,burukkan saya lukishhh. haha.
aduh *malu. >,<

yang ini pula guna paint . first time buat gune paint. selalunya photoshop. hihi.

nmpak tak perbezaan saya lukis ? hihi. maaf kalau gambar saya lukis tu tak pakai tudung. -,-
sebenarnya saya nk colourkan,tapi malas lah.
so,moral value from this story is..... kita perlu bersyukur dgn apa-apa kelebihan yg diberikan oleh-Nya. even dari segi apa-apa pun. gunakan kelebihan sebaik mungkin.. kalau tak,bila-bila masa aje Allah akan tarik balik anugerah tuuu~ so,be happy,don't give up and always confident.

p/s : gambar dimasukkan bukan utk niat utk dipuji , sbb tak mahu dipanggil riak. segala pujian bagi Allah.

 tapi Dr. Cinta punyer blog lagi comel bile die buat doodle. contoh sini :
kan? kan? :)
oklah. assalamualaikum. tata! ;)



Thursday, November 3, 2011

Terima Kasih Followers-followers power !

salam,
hop ! hop ! entry ni bukan nak sambut apa - apa pun . cuma  nak ckp terima kasih . 
saya perasan ? hurrm~ takda la. ;P
semua followers saya power . tapi,biar saya tunjukkan bloggers yg sudah hebat dlm alam blog ini. 
antaranya adalah :

nampak tak yg saya line kan tu ? it's Solihin Zubir ! kenal ? dia ni kire popularlah jugak. 3000 jugak followers die. hihi.tak silap saya , dia follow saya sbb kitorang balas mesej kat FB kot. ntah. XD


haaaaa~ yg ni pulak , nampak tak nama Cik Tomato tu ? .. haaa~ dia comel . blog die pula Mas yang design .
mau tgk ? Blog Cik Tomato


nampak tak gambar kak lyssa tu ? yeahhh! blogger femes follow saya ! *over plak. seingat saya,saya just bagi link blog bile kak lyssa nak blogwalking. tak sangka die follow. XD  ... pernah masok majalah Remaja plak tu. pehhhh~ jom pergi blog dia. dan like fanpage dia.. :)


uhuukkk~ mungkin masih ada yg tak kenalkan? mane? itulah .. Zainatun Adilah. blog dia pon pernah masok majalah Intrend. wow !!
mau tgk blog dia ? sini dan fanpage.



satu lagi blogger yg comel cantik telah follow blog saya. :3
name nye ialah Fiza Fizz !!

nota : Fiza Fizz ni ada buat satu contest muka pelik-pelik . try lah join . hadiah nye lumayan .dpt photoshoot free and hadiah hampir RM350 . mau join? yok pergi sini >,<

__________________________________________
Done ! terima kasih jugak utk followers2 yg lain. bukan tak mau tulis tapi saya malas. sorry ya? korang pon terbaikk jugak. jgn lah merajok sampai unfollow balik blog ni .. hihi . btw,nmpaknye lebih ramai followers perempuan dr lelaki tanpa diketahui puncanye. hehe.. .oklah. bye. thanks again ! ^-^





Sunday, October 2, 2011

Smallest Computer In The World ! canggihnyerr.

salam,
haha. ok, saya tak tau samada laptop ni wujud atau tak. tengok ajelah...~



haha. takleh terima bile nak tekan huruf dgn simbol tu. kalau nombor camne?
tekan huruf Z kenelah 26 kali ye? hihi.
lagipon,puas ke tgk movie kat situ ? dengar lagi pun mesti slow . muat ke nak pasang loudspeaker? 
haha. seriously tanya ni,korang nak ke laptop ni di masa hadapan ? 
lu pikir le sendiri ~




p/s : setiap minggu takda internet . org TM cakap kabel kena curi ? so,bawakla bertaubat. tapi,takkan setiap minggu tak dapat internet dgn line tepon. errrr. -,- cepat-cepat la sikit upgrade menara kabel tu. hehe. tak de kene mengene ngan tajokkan ? lantaklah. bile lagi nak merepek? lalalalalala~

Friday, September 9, 2011

First Time kena HACK by Rainseven.

salam,
pernah kene HACK? belum? ok,bagos! security korang high. tapi,kene jage-jage jugak ye?
jgn contohi saye. huh. berdebar jantung bile tgk blog kene hack. by Rainseven. kalau korang nak usha rain ni,pergila kat fanpage die. =P

ok. tau hack itu ape? mari cikgu terangkan . ( jgn ingat saya perasan terer plak XD )
ok,mari search google. HAHA . 
takpelah. saya terangkan sikit. ini pon sumber dari hacker tu jugak.

hack ni godam. godam ni hack. huhu. hack ni kirenye memasuki dgn cara memecah password laman web seseorang disebabkan security laman web itu low. kadang-kadang,hacker ni ade yg baik dan jahat!
tujuan diorang :
yg positive : memberitahu pemilik onwer bahawa laman web atau blog korang mempunyai security yg low.
tapi..kenape tak beritahu cara lain selain dari hack blog org? ini jawapan mereka.

"walaupun kami bagi tahu nanti.
owner pasti akan abai kan message kami
mereka akan anggap itu cuma adalah gurauan"

yg negative : diorang akan mengambil kesempatan dgn teknik menggodam utk dengki dgn musuh dan mengejar populariti.

_______
so,nak ceritalah sikit tentang pengalaman saya tu,
> terkejut der ! tgk blog tertulis "hacked by rainseven". giler lah!
> terus pergi kat group-group bloggers sbb nak mintak tolong.ade jugak yg suggest kan utk mintak tolong dgn gaysec. tapi,gaysec akan aktif semula minggu depan.
>so,mintak tolong dgn blogger junior iaitu Mas Ahmad Safwan atau sam.haha .. mas ckp "chill , dia malaysia , dragon force punya orang " ( sebenanye byk lagi)
> then,mintak tolong akak Myra vea . die suruh mintak tolong dgn Putera Remaja . so,mintaklah tolong dgn "prince" ni. hehe. kate die plak "haha...yeke? sy chatting ngn hacker tu smlm.. rain seven kan nme fb die..alhamdulillah.

    hehe.itu ayat mase blog  dibagi blk.
    > then,beranikan diri utk communicate dgn hacker tu. die suruh approve. punyelah lame saya nak approve sbb takot. kui3.lepas da approve. on chat. then,die mintak url blog dgn gmail. then,die bagila password. selamat la jugak.
    >thanks la kepada semua bloggers yg tolong. XD
    _______________

gelabah abis bile tgk Rainseven ni hack. haha. die bahasa diri nye rain. errr? nak gak name glamor. haha. :P
first memang giler-giler nak kutuk si rain ni sebab menyusahkan saya! tapi,oklah jugak sbb die bagi blk. kalau tak bagi? susah... syukur. haha. 
kwn saya ni da bagi hacker ni gelaran sebagai penceroboh. amik kau! haha. die ckp,cer bayangkan kalau rumah korang diceroboh? errr. pastu suruh buat gmail baru. Hello?! jgn buat keje giler,ok? penat aku buat blog and gmail.. errr... don't discuss about something that you don't know ,ok? huhu.sorry morry.. takde niat nak marah.. bukan terlepas ckp.tapi terlepas tulis. hehe
 dan yg pasti.. rain da bagi blk blog saya. dan saya da high kan security saya. so,blog da kembali sebagai kepunyaan saya. kenape perlu buat baru? 
info tentang Rainseven :
under Dargon Force

                    "Hacking is like S3X. You get in, you get out, and              
something that can be traced back to you.''You may stop me, but you can't stop us all. !
                                     hope that you didn't leave 


info tentang Dragon Force :

Kami Bukan Memberontak
Kami Bangun Kerana Kami Peduli
Kami Golongan Belia
Tapi Kenapa Kami Dibenci Bila Bersuara??
INGAT!!! Kami Adalah Aset Yang Berharga..
Kamilah Warisan Kepimpinan Masa Depan Negara!
Maka Tolong Kami! Bimbing Kami! Didik Kami!
Kami Bukan Anonymous Crew!
DragonForce Hak Milik Rakyat Malaysia..!!!

kongsikan dengan kitorang dengan emailkan kepada: spymonster2011@hotmail.com

Dan kita akan Publish di website kita: http://mydragonforce.wordpress.com/

Selamat Menjayakan misi kita bersama.

## PERHATIAN ##

Anda boleh setai bebrapa kelas yang di anjurkan oleh Dragon Force.

Df - Baby : https://www.facebook.com/groups/babydf/
Df - Trooper : https://www.facebook.com/groups/dftrooper/
Df - Media : https://www.facebook.com/groups/123568077726737/
Df - Moster : https://www.facebook.com/groups/195866943794663/
Df - Army : https://www.facebook.com/groups/mydfarmy/
p/s : Setiap penyertaan akan dibuka dari masa kesemasa. Sila patuhu undang-undang jika berminat untuk mengenali dunia hacking.

_______________________________



semua infomasi diatas. saya amik dekat facebook.

                               













Friday, August 12, 2011

Alasan wanita tidak bertudung~

salam,
entry ni diambil dari blog Cik Epal.best entry die ni.pastu die cakap,die dapat dari blog solihin zubir.pastu tak tau dari mane.so,jom renung-renungkan!

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?-Yang pasti, yang melanggar perintah-Nya kompom masok neraka jika tak bertaubat.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”







"bertudung tak semestinya menutup aurat, tetapi menutup aurat semestinya BERTUDUNG"


tapi mungkin korang pernah dengar tentang "pelacur yg masok syurga hanya memberi air kepada anjing",kan? okay,bukan mahu ckp bahawa klau tak tutup aurat,tentu masok neraka..kalau mahukan penjelasan tentang perkara ini.baca sini.
tak puas kenapa yg tak pakai tudung sahaja disalahkan? sini
okay.dah! thanks Solihin Zubir. :)

itu semua kehendak Allah SWT.dosa tetap ada jika melanggar perintah-Nya jika tidak bertaubat. ;)
terima kasih.komen dan like yok!







Thursday, August 11, 2011

Ada orang tempah lah! WOW

salam,
entry sikit aje. ade blogger dari > sufiana < mintak saya buat shoutbox warne pink untuk die.. bayaran melalui topup RM3 .ehehehe. okay,thanks sbb sanggup tempah. korang nak tgk? :)
here~


huhu. malu ah ding dong. XD   pengalaman baru dlm dunia blog!
thanks for reading. bye~

Tuesday, August 9, 2011

My First Doodle!

salam,
  semalam bosan! huhu. demam pon nak bukak gak FB. geram dan jeles bile tgk doodle org lawo-lawo. tak tau doodle? search internet ye? :P 
first trying. memang tak berapa comel ... tapi oklah. nak tengok? excited? wuahahaha
sebelum tuh, korang nak? mne boleh!! haha. nanti kalau free saya berlatih lagi ye? klau semakin comel. saya bagi korang.btw,doodle  nye sebenarnye same dgn kat header tuh..tapi kalau tak buat entry ni,mesti korang tak boleh komen. so,marilah koomen!! ehehehe.
errrr? name die? Cik Tina kot...hoho. korang nak tempah? boleh,boleh.. RM2 satu,k? perhh! mahal sehhh..padahal,tak cantik mcm doodle "Belog Cap Ayam" yang comel tu~ 
hoho. sebenarnye,saya da buat doodle second saya. nak tengok?
yok!
yang ini pon tidak boleh dicopy ye? penat saya buat. dah la puasa. tapi cantik tak? komen lah ye? TQ!
bye!



Saturday, July 30, 2011

Baby ni boleh jadi Penghibur ketika duka. COMEL!!

salam,
seriously,kalau korang tgk video ni. mesti tersenyum. sebab baby ni ketawa bukan diagah atau di acah-acah dgn mak die..tapi disebabkan Kertas! ...comel melote lah bile tgk die...korang nk tgk? jom!
;)

rase nk cubit tak? hahahaha. so,kalau korang tgh merajok..bkk video ni,mesti terubat duka dihati..cewah!
saya da try...test la plak!
saya suke baby yg jadik cover majalah ni. nama die > Hawa Ameena Khadeeja ...
gabungan tiga srikandi Islam ..ibubapa die pon nk anak diorang jadik mcm srikandi Islam tuh...
comel sgt!!! XD
bye...

LIKE entry , FOLLOW , LIKE fanpage ..
thanks!

Saturday, July 23, 2011

Computer Tips version Islam

salam,
mekaceh dekat satu page yg buat status ni..hebat jugak tips ni..nak ? Jom!
________________________
"Enter" the masjid
"Forward" your solat
"Download" pahala
"Firewal" your iman
"Backspace" from syaitan
"Bookmark" to ALLAH swt
"Delete" Allah's enemies
"Copy Paste " form Al-Quran and Sunnah
"Help" your muslim brothers and sisters
"File" your amal
"Edit" your akhlak
"View" your good and bad deeds
"Search" the straight and right path
And IsyaAllah you will never get "virus" ^-^
______________________________

love it!





Ramadhan is coming! XD jgn sia-siakan!

salam,

Whoaaa! memang betol tak sabar nk puasa..mak pon nk ajak pegi sembahyang terawih..klau dulu,susah sikit...
okay! sebelom puasa..da belajar tentang puasa..korang da? klau da..semaklah blk hukum-hukum atau ape-ape ajek tentang puasa...sambil korang online Facebook..search lah google tentang puasa ye? kalau yg dudok kat negeri Johor..bukak buku sekolah agama blk ye? hooookay! abis saya bagi nasihat..
sekarang nk citer tentang "Jangan sia-siakan bulan ramadhan yang mulia ini"

sooooo, korang da tau syarat-syarat wajib san syarat sah puasa kan?
ha! ini nk pesan si..buang angin(kentot) dlm air Tak batal!

Nasihat sebelum berjumpa dengan bulan mulia ini :
1.kalau tak solat,takde makna lah puasa anda.
2.buka aurat pun boleh mengurang puasa ramadhan.
3.di bulan ini,korang boleh jumpa satu malam yg amat bermakna
    (Lailatul Qadar)so,berjaga malamlah utk beribadat.
4.bagi lelaki islam,kalau tak puasa pernuh,,memang pelik.
5.elakkan melakukan perkara yg dilarang oleh Nya pada bulan ini walaupun syaitan sebenar diikat.
6.jgnlah mengumpat atau mengfitnah dan lebih elok berdiam,tenaga pon tak dibazirkan.
7.kawal nafsu makan kamu sewaktu di bazar ramadhan atau di mana jua.

cukuplah tujuh ye?   haha...tak sabar nk raya ni..(cik Artie Zeny,mari-mari..kite raye round-round kampung tau!)

hahahaha....da masok waktu solat ni..stop seketika Facebook and Blog..Goodbye! ;)


Sunday, July 17, 2011

Botol Air anda ke sekolah!

salam,
tetiba dapata Idea tajuk yg HOT ni..wuahahahaha...
tadi ,round-round internet..dapat plak satu cover buku ni.. WAH!! nk belik lah!
haha..comel melote ajek...

botol air saya saiz nye kecik ajek..mengikut kesesuaian badan...haha..pastu warne biru,putih dan merah..mekaceh mak sbb belikan botol yg kawaii tuh! hahah

jenama bros... tahan lasak sikit..walaupon mahal...

Yeah! mulakan pengalaman mcm mne saya bleh dpt botol comel saya tuh..mula-mula,mcm biasa nk isi air utk bawak gi skola..tetiba hilang! :'( ..puas carik..ingatkan tinggal dlm bas...cakaplah dgn mak...mak ckp,lain kali baik-baik tau...esoknya..mak belikan botol!~~~ ..beberapa hari lepas tu,rupanya botol ade kat makmal matematik! ..ape lagi,bwk balik ..lepas tu gosok (bersihkan) sepuas hati..penat woooo~
dan sekarang , saya ade dua botol pendek yg comel..haha.. Syukur.. :)

korang pon share lah sikit tentang botol skola korang..kalau panjang atau byk..buatlah satu entry tentang cerita ni..tag saya tau! pastu bagi link..boleh lah saya bace...Bagi tau!! 
saiz botol saya mcm yg hujung skali tuh..sebelah kanan..kecik kan? haha

bye!

Friday, July 15, 2011

Tahniah Awan Nano!! Terbaiklah!

salam,
korang tengok Anugerah Planet Muzik 2011 . saye? tentulah tgk! ade awan nano tu~
perh! memang terbaiklah! mula-mula memanglah saya ingat lagu Faizal Tahir-Hanyut menjadi saingan kuat awan nano.
haha. tapi akhirnya awan nano juga yg menang!
tahniah kpd org-org kuat yg telah menaikkan nama Awan Nano.
yang paling membanggakan! awan nano memenangi 2 anugera
1.Lagu Terbaik Malaysia!
2.Lagu Terbaik Keseluruhan!

komposer :: M.Nasir
sape tak kenal m.nasir ni? atau korang kenal die sebagai hang tuah? hahaha

penulis lirik :: Buddhi Hekayat
memang baguslah encik buddhi hekayat . yg paling membanggakan.karya sulung die tu!

Penyanyi :: Hafiz AF7
hafiz ni terkenal juga dgn rambut die..

kire-kire 2 tahun sebelum lagu ini didengarkan di corong-corong radio. saya da dengar dulu da~  haha,toksah pelik ye? ehehe..memang saya da terpikir-pikirkan maksud awan nano nieh..memang barulah saya paham..hahaha

Tahniah sungguh saya ucapkan kepada Awan Nano ( bahasa baku )
memang cayalah! saya harapkan...malaysia akan teroskan melahirkan lagu-lagu terbaik dunia!

bye!

Friday, June 3, 2011

Jam Loceng yang Cool,Pelik..Whoa!

salam,
suke jugak kalau kite nk share same2 tentang bende2 yg jarang jumpe atau tak pernah jumpa..
jam ni memang pelik cket tapi die annoying sgt...
yg saya dpt cume 7 jenis jam loceng..
1.Clocky!
 
Haaaaaaa....................... nmpak comel kan yg warna-warni tuh..tapi jam loceng ni lah yg paling menyusah...
nape? sebab...
Jam ni akan berbunyi then,die akan melarikan diri...menggunakan roda sebagai bantuan utk bergerak
bile kite dengar..tentulah kite nk tutupkan? soo,terpaksa kite kejar die sampai dpt..
kalau tak mau kejar..sabar jelah dgn bunyi bising yg tentu ganggu korang nk tidur..
tapi,ade bagus jugak..bangun jek tidur..terus berjogging sbb nk kejar Jam loceng nie..HAHA

2.Lazer Tag Alarm Clock!
Jam ni plak tak perlu berlari..cume pancarkan lazer dekat tengah2 (yg warne merah tuh) ..pastu die akan mati sendiri..memang maju jam loceng nieh...tapi susah cket bagi sape2 yg mamami bile bangun pagi..
so,jgnlah korang pancar lazer dekat mulut org yg selalu membebel...ehehehehe

3.Dynamite Alarm Clock!
Jam nieh memang mc BOM!! ...tapi jgn risau sbb die takkan meletop...kalau korang hentikan bunyi loceng die tuh..korang cabutlah wayar2 yg betul..kalau salah! makin kuatlah bunyi die tuh...

4.Flying Alarm Clock!

Jam loceng nieh jugak memerlukan korang bangun dari katil utk hentikan bunyi loceng die tuh..Argh!!!
nape? pemaling yg kat atas die tuh akan terbang bile sampai waktu loceng..then,korang kene carik bende alah tuh dan pasangkan blk semula utk senyapkan jam nieh..tapi jgn plak korang pasang jaring biar pemaling tuh terbang jauh..kihkihkih

5.Darth Vader Alarm Clock!
jam ni x perlu utk suruh korang lari atau amik ape2..ini utk peminat citer Star Wars..die tak annoying cume bentuknyer yg lain..

6.Puzzle Alarm Clock!
Jam ni mcm budak2 sikit sbb korang kene siapkan Puzzle itu dan PooP! bunyi berhenti... :)

6.Discovery Alarm Clock!
bentuknyer memang nmpak mcm biasa..die memang boleh buat korang bangun pagi..tapi,die jugak boleh memancarkan image galactic kat siling..korang just pilih gambar Bulan,Bintang ..saya pon tak pasti..mungkin die pancarkan masa mlm biar korang tidur kot..kalau pagi-pagi..korang tgk bulan..mesti lah terasa mcm nk tidur lagi..ngeeeeeeeee~

7.

kenape tak letak name? sbb saya tak taulah! ehehehe...jam nieh memang giler2 extreme...
duit yg ade tuh sebagai canggaran...kalau bangun lambat...duit itu akan musnah...jeng..jeng..jeng..
Bahayakan? utk org kaya jek kot..tapi kalau korang nk jugak gune..letaklah kertas yg size same dgn duit...itu pon kalau diteriam...HAHA

okay..that's all..mungkin ade yg da tau.. = ='
takpelah..ini utk yg belum tau.... maju sungguh dunia ni kan?
so,Ape lagi? komen dan Like lah!!! ehehehhe
boi..boi..









Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari "Mak" ..you are the BEST!!

salam,
Hai! okey,cik coklat tau yang kebanyakkan blogger da pon menulis tentang hari yang bermakna ini kan?
tapi,tak salah kalau kite share together tentang hari ini..
sebenar nyer,kita perlu menghargai ibu@mak@ummie@mama setiap hari..
bukan hanya pada hari ibu saja...
setiap masa adalah masa yang mak kite berkorban..
pengorbanan yang paling besar kepada kite..
balas lah wahai anak-anak..sesungguh nye syurga di bawah telapak kaki ibu..
jgn korang ambik remeh tentang mak..
bile korang da ade anak..perasaan kasih sayang tentu ade...
walaupun berada di jauh sudut hati kite...
kasih sayang diantara ibu dan anak tidak akan terputus..
jgn lah sedihkan hati ibu dan jatuhkan air muka ibu disebabkan korang buat jahat..
Btw,cik coklat sayang mak saya > Milah binti Long...
memang kadang kala die ade marah,tapi bagus jugak dia marah....
Dan yang Orang Paling saya Sayang dlm dunia ,MAK!!!

sorry sbb macam kanak2..itulah perangai Cik Coklat..hoho
HAPPY MOTHER DAY,MAK!!

Friday, April 1, 2011

Nasihat Rasullulah SAW

salam,
hye! disebabkan hari ini adalah hari jumaat..selepas baca yassin ustaz kat sekolah bagi tazkirah ..best lah juga...cikgu ckp tiga golongan org berdosa..hari ini nak cerita tentang golongan yg ke 2..klau yg 1 dan 3 tuh...cikgu blom terangkan sgt..tak sempat..
okey..okey...jom mulakan!
Golongan  ke-2 ialah..(khas utk wanita)
1.wanita yg berpakaian tetapi berbogel...-
ha? ape tuh? maknenye adalah wanita yg berpakaian tetapi ketat,nipis2jarang tau ape-ape pakaian yg menampakkan bentuk tubuh badan seorang wanita....sbb itulah wanita adalah golongan yg paling byk didalam neraka...ha! 

2.wanita yg bertudung tetapi mempunyai bonggol seperti bonggol unta di belakang..-
kelakarkan..tapi itulah yg cikgu ckp..okey..okey..biar saya terangkan..ehemm.ehemm..maksudnyer perempuan yg bertudung tetapi buat bonggol kat belakang...ha...ini dosa tau...nape? sbb bende tuh menunjukkan aurat kite..aurat ape? rambotlah..jadik..turunkanlah bonggol tu ye.. 

itu sahajalah..okey..ade lagi satu cerita..pada zaman jahiliyah..wanita dijadikan seperti mainan..wanita digunakan utk menjadi pelacur,pelayan.permainan..dan pelbagai lagi.dan pada itu jugalah .kemudian..ibu-ibu yg melahirkan anak perempuan akan berse malu dan membuatkan mereka terpaksa menanam anak perempuan itu kerana malu akan dijadikan sebagai barang dagangan....selepas Rasullulah SAW diturunkan..maka,,tiada lagi golongan jahiliyah..tetapi golongan itu kembali setelah hampir sampai ke akhir zaman..buktinyer? buang anak,zina,tunjuk aurat..dan pelbagai lagi...jadi..ingatlah wahai manusia..kejarlah syurga Allah ...jgnlah jadi manusia akhir zaman yg jahiliyah(bodoh) tentang segala-galanya...


Tuesday, March 15, 2011

Tanda Kiamat Telah Terjadi!

assalammualaikum,
saya bukanlah ustazah,ulama' atau org yg kuat tentang agama Islam..tetapi saya cuma insan bisa yg selalu membuat salah..entry ini dibuat bagi menyedarkan manusia..dan bukanlah secara besar tetapi hanya menulis di blog yg menjadi teknologi manusia zaman sekarang..pada 11/3/2011 sudah pun terjadi gempa bumi dan tsunami yg telah mengempakan dunia..antara tanda-tanda kiamat ialah bencana alam..semakin lama bencana alam semakin teruk dan besar..gempa bumi yg berukuran 8.9 itu juga telah merubah sedikit kedudukan bumi di paksinyer..masyaAllah! bertapa hebat nyer kuasa Allah Yang Maha Esa..mari saya sertakan 10 tanda-tanda kiamat kecil dan besar :
Tanda-tanda Kiamat Kecil:
1.penaklukan Baitulmuqaddis.
2.tinggallah manusia-manusia yang buruk
3.Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
3. terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka(Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan 
    penyanyi-penyanyi wanita)
4.manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid
5.banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga
6.orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
7.Orang hina mendapat kedudukan terhormat
8.Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
9.Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya,Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan 
   rakannya
10.Akan terdapat ramai anak luar nikah


Tanda-tanda Kiamat Besar:
1.Hijaunya bumi arafah.
2.Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah atau perceraian tidak diluluskan mahkamah.
3.Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
4.Keluar asap tebal dibumi hijaz.
5.Munculnya nabi palsu yang ke 40.
6.Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.
7.Berlaku perang besar dikawasan kaukasus
8.Runtuhnya Ka'abah diserang oleh orang habshah
9.  3 kali gempa bumi
10.Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.

sumber dari wikipedia..
itu sahaja lah yg dpt saya berikan..cuba kamu semua lihat tanda-tanda kiamat kecil? semua sudah terjadi,kan?
tinggal tanda kiamat besar sahaja yg masih belum semua..tetapi tanda no 9 tuh..sudah terjadi..maka renungankanlah..dan saya sangat sedih apabila ade manusia kafir yg durjana telah membakar al-quran dan mengejek nama Allah SWT...Allahuakbar!! bertaubatlah wahai manusia..

Saturday, March 12, 2011

Celebrate World Book Day!

salam,
ape itu hari buku sedunia? takkanlah korang semua tak tahu..mestilah meyambut hari buku..perkara ini adalah salah satu daripada cara untuk menggalakkan manusia membaca buku untuk mencari ilmu..janganlah korang baca buku pada hari ini sahaja..bacalah buku pada setiap masa yg lapang untuk isi masa yg terluang..ini korang cuma mengadap Facebook,Twitter and Blogger aje setiap masa..haha..terase? janganlah gitu..maksod saya adalah isilah sedikit masa korang itu dgn baca buku..jgnlah asyik masa sekolah aje baca buku..faham? ehehe..
dan akhir kate dari saya..cewah! haha..Selamat Hari Buku Sedunia!