Friday, December 23, 2011

Syok-nya di Sunway Lagoon !

salam,

cerita ni dah lama sebenarnya , tapi baru sekarang nak share . Hari tuuu, kakak ajak pegi Sunway lagoon
  . so, saya dan 2 org kakak saya yg lain pun pergilah. Awal pagi lagi dah excited nak pergi. :D tak sabau benau dibuatnya . Dengan menaiki kereta kancil , kami pun pergi ke Bandar Sunway . For sure saya tgk memang byk org oversea datang . dan yg datang situ maybe org kaya-kaya . Nasib baiklah dpt tiket free , kalau tak, memang tak banyak experience lah.*tiket mahal jugak woooo.. haha. Saya dengan gaya kampung pun masuk , memang terkial-kial dok carik permainan mana yg nak main dulu .

Buat keputusan utk pergi main air dulu , naiklah 2 gelongsor. fuuhh~ syok . Bila tangan dah kecut jugak main air . kitorang pun tgk peta sbb nak main permainan lain . time tgh main air. ada mat bangla kerja situ . dia tukang servis amik gambar la. dia cakap "you want to take a picture" . saya pun jawab "no need,don't want" . nak tau dia cakap hape? "i don't understand" .ceh. =,=
panjangkan ? woot,woot. ^^

Masuk lah bahagian Wildlife Park . nampak banyak juga binatang . burung , rama-rama dan lelain .

ingatkan nak naik bende alah ni. tapi takut,nasib baik hujan . *gerimis aje pun .
Sunway Lagoon Amusement Park
Tengok peta lagi sambil jalan. Kitorang decided yg pergi naik jambatan gantung , sementara tgh jalan , ade cawan yg pusing-pusing tuu~ naiklah . dah habis naik , ada org pengsan , aik ? padahal takde lah pening sgt . tak makan tuu. --.--
Then, naiklah jambatan gantung , belum pape lagi , ada mcm bende optical illusion yg menara nak naik jambatan gantung tu. haha . 2 org kakak saya memang gayat la , asyik pegang tgn saya jek. Padahal saya tgk bawah ok jee. haha. belum separuh perjalanan atas jambatan tuu , jambatan tu ada lubang2 kecil sampai dapat nampak bawah . meresap lah kakak kita dgn gayat nya tuu. lubang2 tu kat tengah jambatan  so,kakak kita lalu tepi-tepi sambil pegang tali. haha. memang fully dpt tgk permadangan sunway lagoon yg besaq tu.
After that , kitorang naik Swan Ride . bende ni biasa je, tapi , den memang tak pernah naik. ingatkan swan lagi senang dari kayak . Rupanya tak , masa naik tu , memang cemas jugak bila nak terlanggar apa-apa . dah lah tgh-tgh tasik , tak pandai berenang pula tu . haha. sempat bertembung dgn budak cina naik kayak. haiyoo, malu . ~,~
Dengan kaki yg penat mengayuh , saya pun terus nak naik motor 4 tayar yg advanture tu, risau jugak , sbb saya tak pernah naik motor. :3 tunggu punye tunggu . dah sampai giliran saya . motor saya dekat second last lah . belakang saya ada pakcik cina , sambil pandang dia . dia cakap "takot ka?" . aish , saya pun senyum dgn speaking pula , "trying" . haha . Dia ada suruh turun bukit dan cuma boleh guna break aje, at last , ok jek .. tak takot sgt pun except time nak buat u-turn . haha.
macam ni laaa~
Ingatkan nak naik kereta mcm kat litar tu , tapi, kene bayar walaupun saya amik All Park . tapi,bende tu bahagian lain . taknak lah naik,mahal . --' so,kitorang try memanah , oklah jugak. kene dekat bende bulat tu. :D first time try .

jalan-jalan . try lah paintball. org yg tolong masukkan bola dlm paintball tu , muka mcm matluthfi. dah la melayu . tapi,akak ckp muke dia lonjong sikit . so,selamatlah. haha. dah lapar, saya makan sambil tgk org main air. lebih banyak budak kecik kat situ . haha .

Destinasi terakhir nak pergi satu je lagi park . sebelum tu,pergi Sream Park atau rumah hantu . menangis lah masuk rumah hantu tuuu. hish , nanti saya buat entry baru tentang saya yg first time masuk rumah hantu ni. -,- yang penting seram. kuang ejee punye hantu. hoho

Pastu ada roller coaster yg tinggi tuu, kita ajak kakak kita sorang sbb sorang lagi taknak tinggi sgt dan diakan gayat. haha. memang sakit jugak tulang dgn roller coaster yg terliang liuk tu, haha. beshhh~


and the last part , saya naik pelampung bulat yg ada tempat duduk , bende tu akan pusing dgn bantuan arus sungai buatan tuu. syok jugak. :)


pastu naik bende yg berjalan kat air . perh .
 

pastu naik pulak roller coaster kecik ala-ala buffalo . hebat . kurang sikit liang liuk than roller coaster yg tinggi tuu. huuuu~


Dan balik ! memang non-stop fun . :D dapat mengisi masa lapang time school holiday ni. I get more experience .  wuaaaa! ^^ ada yg tak naik sbb tak bukak dan takut. haha.
nak tengok maps Sunway Lagoon ? sini . segala gambar diambil dr pakcik Google. gambar saya? malu laaa. haha. XD

bukan nak jealous kan korang. try to share something new in my life . tak dapat pergi ? takpe, belajar pepandai , kumpul duit bebanyak . bawa satu family pergi ya? OK ? yg penting , jgn paksa your parents utk pergi . sebaliknya , kita yg bawak whole family utk pergi . hehe. ^_^

*syukran , kakak saya dapat straight A in PMR . next year giliran saya . Pray for me ya . :)
Peace be upon all of you . tata!

Thursday, December 15, 2011

Filem Pendek " Oley!! " .

salam,
Harap semua sihat sejahtera. tadi,buka book of face and nampak ada org share satu video . bertajuk "Oley!!" . Video ni adalah filem pendek . Dan buat saya tertarik nak tgk video ni adalah mengisahkan tentang hukum hudud .

Sinopsis : Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan.

Siap ada penampilan khas iaitu Bob Lokman dan Mat Luthfi !! :3


here the video. :')

Matluthfi(vlogger famous) dah blk ke ? seriously , terkejut. haha. :D
Actually , saya taknak cakap byk . video ni dah cukup menerangkannya.
so? komen korang? Syukran sebab ada buat video ni. :)
haha. apa-apa pun , Hope you will get the moral value from this video.
tata! Peace be upon all of you~ : )

Monday, November 7, 2011

Lukisan Tangan dan Lukisan Komputer ?

salam,
waaaaaa! ( pahal tetibe menjerit ni ) -,-
ok,kadang2 ade jugak org cakap yang diorang tangan kayu sampai tak boleh melukish atas kertas.
kalau lukis kat komputer. fuuuh! cantik giler . tapi ade gak yg sebaliknya. sebab nya bukan aje "bakat" tapi,,,beberapa perkara yg lain. contoh kalau korang selalu pegang tertikus. mesti la da profesional. haha. tak gitu. tapi ade juga org yg diberi kelebihan melukis atas kertas dan gune komputer. 
saya ? tina ? ok,tak sangat lah. hehehe. tapi,sekarang tina rase mcm lebih senang lukis kartun bertudung. kan?  kire samelah mcm bertudung , kan? hehehehe



ok,burukkan saya lukishhh. haha.
aduh *malu. >,<

yang ini pula guna paint . first time buat gune paint. selalunya photoshop. hihi.

nmpak tak perbezaan saya lukis ? hihi. maaf kalau gambar saya lukis tu tak pakai tudung. -,-
sebenarnya saya nk colourkan,tapi malas lah.
so,moral value from this story is..... kita perlu bersyukur dgn apa-apa kelebihan yg diberikan oleh-Nya. even dari segi apa-apa pun. gunakan kelebihan sebaik mungkin.. kalau tak,bila-bila masa aje Allah akan tarik balik anugerah tuuu~ so,be happy,don't give up and always confident.

p/s : gambar dimasukkan bukan utk niat utk dipuji , sbb tak mahu dipanggil riak. segala pujian bagi Allah.

 tapi Dr. Cinta punyer blog lagi comel bile die buat doodle. contoh sini :
kan? kan? :)
oklah. assalamualaikum. tata! ;)



Thursday, November 3, 2011

Terima Kasih Followers-followers power !

salam,
hop ! hop ! entry ni bukan nak sambut apa - apa pun . cuma  nak ckp terima kasih . 
saya perasan ? hurrm~ takda la. ;P
semua followers saya power . tapi,biar saya tunjukkan bloggers yg sudah hebat dlm alam blog ini. 
antaranya adalah :

nampak tak yg saya line kan tu ? it's Solihin Zubir ! kenal ? dia ni kire popularlah jugak. 3000 jugak followers die. hihi.tak silap saya , dia follow saya sbb kitorang balas mesej kat FB kot. ntah. XD


haaaaa~ yg ni pulak , nampak tak nama Cik Tomato tu ? .. haaa~ dia comel . blog die pula Mas yang design .
mau tgk ? Blog Cik Tomato


nampak tak gambar kak lyssa tu ? yeahhh! blogger femes follow saya ! *over plak. seingat saya,saya just bagi link blog bile kak lyssa nak blogwalking. tak sangka die follow. XD  ... pernah masok majalah Remaja plak tu. pehhhh~ jom pergi blog dia. dan like fanpage dia.. :)


uhuukkk~ mungkin masih ada yg tak kenalkan? mane? itulah .. Zainatun Adilah. blog dia pon pernah masok majalah Intrend. wow !!
mau tgk blog dia ? sini dan fanpage.



satu lagi blogger yg comel cantik telah follow blog saya. :3
name nye ialah Fiza Fizz !!

nota : Fiza Fizz ni ada buat satu contest muka pelik-pelik . try lah join . hadiah nye lumayan .dpt photoshoot free and hadiah hampir RM350 . mau join? yok pergi sini >,<

__________________________________________
Done ! terima kasih jugak utk followers2 yg lain. bukan tak mau tulis tapi saya malas. sorry ya? korang pon terbaikk jugak. jgn lah merajok sampai unfollow balik blog ni .. hihi . btw,nmpaknye lebih ramai followers perempuan dr lelaki tanpa diketahui puncanye. hehe.. .oklah. bye. thanks again ! ^-^