Showing posts with label saya islam. Show all posts
Showing posts with label saya islam. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Hari Keputeraan Rasulullah Tercinta.

salam,
diambil dari Google.com.my
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW , pasti ada yg merindui meskipun tak pernah menatap wajahnya yg dikatakan sungguh menenangkan setiap mata yg memandang . Maka ditinggalkan wasiat yg mulia oleh aginda iaitu sebuah kitab suci yg digelar Al-Quran . sememangnya wasiat untuk sangat membantu sebagai panduan umat zaman ini .
Apabila diingatkan kembali garisan sejarah peristiwa lahirnya seorang hamba Allah yg diutuskan-Nya , terlihat juga kita tentang Kebesaran-Nya yg tercatat pada 16 Rabiulawal . Sudah tentu kita dibesarkan tentang cerita kelahiran baginda dimana gajah yg besar akhirnya kalah dgn burung .
Diingatkan pula tentang pengorbanan Rasulullah yg sungguh membanggakan umat Islam .


Oleh itu,jangan pula hanya kita mengingati Rasulullah dikala tertulisnya perkataan "Maulidur Rasul" di kalender . Sentiasalah mengingati baginda kerana baginda la kekasih Allah . Mari sama-sama kita berselawat keatas nabi moga bersama-samala kita mendekati Allah dan Rasul.



Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat menjawab :
"Para malaikat Ya Rasulullah"
...

Sahabat yang lain :
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata :
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata :
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"

Nabi berkata :
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :
" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"-
diambil dari FB Heliza Helmi

Adakah kita merindui baginda? mengikut semua yg diajar? mencintai baginda atau hanya dimulut sahaja? Jawablah wahai hati umat Islam...


juga diambil dari Google.

Perbanyakkan selawat keatas Nabi.
Siapalah diriku ini untuk dipuji . Aku hanya ingin mengingatkan kepada mereka kerana kita saudara sesama Islam . Umat yg dirindui dan merindui Nabi Muhammad SAW. :)

Saturday, January 21, 2012

Ombak Rindu ku untuk Allah - Islam version .

salam,
Jangan ada cinta yang lebih besar selain cinta kita terhadap Allah .

sememangnya , sususan melody lagu ombak rindu yang sebenaq memang indah . tetapi , bila lihat liriknya , kita memohon pertolongan Allah untuk mendapatkan cinta si dia . Namun , Mr. Bie (bukan mr, simple) telah menukar lirik itu kepada lirik yg lebih keagamaan dan syahdu . :) kita memohon keampunan Allah untuk mendapatkan cinta-Nya. subhanallah . indahnya sungguh menyusuk kalbu . ^_^
can't help lah bila lihat ada orang yg dislike . tak mau tuduh-tuduh . :)

Tuhan tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintaiMu seadanya (selamanya)
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa nerakaMU

tuhan aku tahu byk dosaku
hanya ingatkanMu kala dukaku
namun hanya Kamu yg mampu membuka
pintu hatiku untuk cintaMu

Allah..ampunkanlah hambaMu (dosaku)
yang slalu dustakan janjiku
agar kelak ku xkan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu

Allah..jatuh air mataku
dan trus mengalir mengiringi doaku
Allah..Yang mengampuni segala
Dosa2 hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoa..
Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..


setiap potongan lirik menunjukkan bahawa hamba Allah yang insaf dek kesilapan lalu dan merayu memohon keampunan-Nya .
(Iaitu) orang yang mendoakan: “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Sesungguhnya kami telah beriman. Ampunilah dosa-dosa kami dan selamatkan kami daripada azab neraka.”  Surah Al-Imran ayat 16 .


sumber potongan ayat dari Internet . :)
Dengarlah wahai hamba Allah , bertaubatlah kamu selagi pintu taubat masih terbuka dgn luasnya agar kamu tergolong antara orag-orang yg beriman .
Saya sendiri tidaklah sempurna dan follow semua suruhan-Nya . tetapi,mari kita berdoa diantara satu sama lain. :D







Sunday, December 25, 2011

Why you be my friend?

salam,
Today i want to discuss about "Friend" . yes,i'm not talking about my friends . Do you have a true friend ? Syukran , if you have a friend who always with you when you are smiling or crying . Here i want to say about someone who do not has a honest friend . Maybe you have many friends but , you don't have a true friend . All your friends that you have now is your true friends but in one condition . What ? condition ? yes, the conditions is ...

( Positive friends )
- semua org mahukan kawan sebegini . Everybody ... but,it's not easy to find this person . Tapi,kalau kawan yg korang ada sekarang tak mengajak korang ke arah kejahatan . itu sudah kira bersyukur . ^_^
How do i know are those who are positive and kind ?
Korang boleh tgk dari segi tutur bahasa dan perkataan yg diluahkan ketika bercakap . It's easy , right ?

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari &Muslim).
Jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.

memang sangat sedih lah kalau korang melepaskan seseorang sangat baik semata-mata seseorang yg hanya merosakkan diri korang sendiri .

Upset ? Cry ?  but , nobody with you . Semua nya tak rasa nak pujuk ke ? mungkin ketika itu korang dapat lihat kawan yg benar-benar seorang yg sejati . Kadang-kadang kita mahukan nasihat yg ikhlas dari seorang manusia yg digelar sahabat . At that time lah , you must to find that true friend . Tapi , bukan dgn cara kotor . tapi dengan kesabaran yg pernuh di hati. Patience . Mungkin tak semua kesempitan dan keluhan perlu diluahkan kepada seorang sahabat . Jadi , korang boleh mengadu kepada Allah SWT yg Maha Mendengar sekaligus korang boleh berdoa .

Semoga anda akan dapat seorang "Sahabat Sejati " . oppppss.. bukan seorang , tapi ramai . :)
Ingat ! jangan sesekali putus asa , kerana kesabaran itu akan membawa sebuah kebahagian .
DAN semoga korang dapat Best Friend Till Jannah .
cik Artie Zeny yg kenal kan video ni. heee. ^^



p/s : segala kesalahan grammar boleh ditegur. In Syaa Allah .. saya terima

Monday, November 7, 2011

Lukisan Tangan dan Lukisan Komputer ?

salam,
waaaaaa! ( pahal tetibe menjerit ni ) -,-
ok,kadang2 ade jugak org cakap yang diorang tangan kayu sampai tak boleh melukish atas kertas.
kalau lukis kat komputer. fuuuh! cantik giler . tapi ade gak yg sebaliknya. sebab nya bukan aje "bakat" tapi,,,beberapa perkara yg lain. contoh kalau korang selalu pegang tertikus. mesti la da profesional. haha. tak gitu. tapi ade juga org yg diberi kelebihan melukis atas kertas dan gune komputer. 
saya ? tina ? ok,tak sangat lah. hehehe. tapi,sekarang tina rase mcm lebih senang lukis kartun bertudung. kan?  kire samelah mcm bertudung , kan? hehehehe



ok,burukkan saya lukishhh. haha.
aduh *malu. >,<

yang ini pula guna paint . first time buat gune paint. selalunya photoshop. hihi.

nmpak tak perbezaan saya lukis ? hihi. maaf kalau gambar saya lukis tu tak pakai tudung. -,-
sebenarnya saya nk colourkan,tapi malas lah.
so,moral value from this story is..... kita perlu bersyukur dgn apa-apa kelebihan yg diberikan oleh-Nya. even dari segi apa-apa pun. gunakan kelebihan sebaik mungkin.. kalau tak,bila-bila masa aje Allah akan tarik balik anugerah tuuu~ so,be happy,don't give up and always confident.

p/s : gambar dimasukkan bukan utk niat utk dipuji , sbb tak mahu dipanggil riak. segala pujian bagi Allah.

 tapi Dr. Cinta punyer blog lagi comel bile die buat doodle. contoh sini :
kan? kan? :)
oklah. assalamualaikum. tata! ;)



Friday, August 12, 2011

Alasan wanita tidak bertudung~

salam,
entry ni diambil dari blog Cik Epal.best entry die ni.pastu die cakap,die dapat dari blog solihin zubir.pastu tak tau dari mane.so,jom renung-renungkan!

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?-Yang pasti, yang melanggar perintah-Nya kompom masok neraka jika tak bertaubat.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”







"bertudung tak semestinya menutup aurat, tetapi menutup aurat semestinya BERTUDUNG"


tapi mungkin korang pernah dengar tentang "pelacur yg masok syurga hanya memberi air kepada anjing",kan? okay,bukan mahu ckp bahawa klau tak tutup aurat,tentu masok neraka..kalau mahukan penjelasan tentang perkara ini.baca sini.
tak puas kenapa yg tak pakai tudung sahaja disalahkan? sini
okay.dah! thanks Solihin Zubir. :)

itu semua kehendak Allah SWT.dosa tetap ada jika melanggar perintah-Nya jika tidak bertaubat. ;)
terima kasih.komen dan like yok!







Saturday, July 23, 2011

Computer Tips version Islam

salam,
mekaceh dekat satu page yg buat status ni..hebat jugak tips ni..nak ? Jom!
________________________
"Enter" the masjid
"Forward" your solat
"Download" pahala
"Firewal" your iman
"Backspace" from syaitan
"Bookmark" to ALLAH swt
"Delete" Allah's enemies
"Copy Paste " form Al-Quran and Sunnah
"Help" your muslim brothers and sisters
"File" your amal
"Edit" your akhlak
"View" your good and bad deeds
"Search" the straight and right path
And IsyaAllah you will never get "virus" ^-^
______________________________

love it!





Ramadhan is coming! XD jgn sia-siakan!

salam,

Whoaaa! memang betol tak sabar nk puasa..mak pon nk ajak pegi sembahyang terawih..klau dulu,susah sikit...
okay! sebelom puasa..da belajar tentang puasa..korang da? klau da..semaklah blk hukum-hukum atau ape-ape ajek tentang puasa...sambil korang online Facebook..search lah google tentang puasa ye? kalau yg dudok kat negeri Johor..bukak buku sekolah agama blk ye? hooookay! abis saya bagi nasihat..
sekarang nk citer tentang "Jangan sia-siakan bulan ramadhan yang mulia ini"

sooooo, korang da tau syarat-syarat wajib san syarat sah puasa kan?
ha! ini nk pesan si..buang angin(kentot) dlm air Tak batal!

Nasihat sebelum berjumpa dengan bulan mulia ini :
1.kalau tak solat,takde makna lah puasa anda.
2.buka aurat pun boleh mengurang puasa ramadhan.
3.di bulan ini,korang boleh jumpa satu malam yg amat bermakna
    (Lailatul Qadar)so,berjaga malamlah utk beribadat.
4.bagi lelaki islam,kalau tak puasa pernuh,,memang pelik.
5.elakkan melakukan perkara yg dilarang oleh Nya pada bulan ini walaupun syaitan sebenar diikat.
6.jgnlah mengumpat atau mengfitnah dan lebih elok berdiam,tenaga pon tak dibazirkan.
7.kawal nafsu makan kamu sewaktu di bazar ramadhan atau di mana jua.

cukuplah tujuh ye?   haha...tak sabar nk raya ni..(cik Artie Zeny,mari-mari..kite raye round-round kampung tau!)

hahahaha....da masok waktu solat ni..stop seketika Facebook and Blog..Goodbye! ;)